GEOGRAFI TING. 1 unit 4 : graf

UNIT 4 : GRAF

Mengumpul dan merekod data

(1) Data ialah butir atau maklumat yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian.
(2) Terdapat beberapa kaedah untuk mengumpul data tentang sesuatu maklumat iaitu:
a) Pemerhatian
memerhatikan atau melihat sesuatu dengan teliti
b) Temu bual
temu ramah atau interviu orang
c) Banci
mengira
d) Soal selidik
soalan yang dikemukakan dalam boring tertentu untuk dijawab dalam usaha mengumpul data.

Graf Bar Mudah
(1) Graf ialah rajah yang terdiri daripada beberapa garis atau titik untuk memaparkan saling hubungan antara dua atau lebih nilai yang berubah-ubah.
(2) Graf digunakan untuk mempersembahkan maklumat atau data supaya lebih mudah difahami.
(3) Graf bar dipersembahkan dalam bentuk palang.
(4) Langkah-langkah melukis graf bar mudah
a) Lukis paksi menegak (Y) paksi mendatar (X)
b) Labelkan paksi X dan Y
c) Pilih skala yang sesuai untuk paksi menegak.
d) Lukis bar atau palang mengikut nilai dalam jadual.
e) Lengkapkan jadual dengan tajuk dan petunjuk.

Jadual 1 : cara pelajar Tingkatan satu ____ datang ke sekolah

Cara pelajar datang ke sekolah Bilangan (orang)













Graf Garisan Mudah

(1) Graf garisan merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.
(2) Graf garisan digunakan untuk menggambarkan perubahan sesuatu kuantiti mengikut masa.
(3) Contohnya, perubahan penduduk, suhu, tekanan udara, dan jumlah pengeluaran barangan.

Jadual 1 : Min suhu harian di stesen kajian SMKDHAK

Hari Suhu ( °C )
Ahad 20
Isnin 28
Selasa 30
Rabu 26
Khamis 24
Jumaat 28
Sabtu 22

………………………………………………………………………………………………

LATIHAN PENGUKUHAN

Lukis sebuah graf garisan untuk mempersembahkan data-data berikut. Lengkapkan graf dengan tajuk dan label yang sesuai.

Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept

Jumlah
pengeluaran
kereta (Ribu) 28 26 30 18 22 16 27 20 30

………………………………………………………………………………………………

LATIHAN PENGUKUHAN

Lukis sebuah graf bar untuk mempersembahkan data-data berikut. Lengkapkan graf dengan tajuk dan label yang sesuai.

Jenis tanaman jagung ubi padi kentang gandum Oak
Bilangan buruh (orang) 80 95 75 60 65 70

0 comments:

Post a Comment

Islamic Widget

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman ini, diharap anda dapat manfaat yang berguna hasil tercetusnya idea melalui laman ini. Harap Hidup Anda Dipenuhi Dengan Kebahagian Dan Kesyukuran.

MASA ITU INTAN

SeMbaNg BeRsAmA kHaI

Blog Archive

Followers

Search This Blog